Pages

Labels

Tuesday 8 November 2011

Cara menukar logo dan info OEM (win 7)


Disini saya ingin berkongsi ilmu bagaimana hendak menukarkan "OEM information & logo WINDOWS 7" di computer properties anda. OEM bermaksud "Original Equipment Manufacturer". Perhatian ,cara ini untuk windows 7 sahaja! . Kepada sesapa yang sudah tahu tu, buat endah tak endah jakk laa arhh. hehe 
1.Klik process explorer/start,kemudian taip "regedit" seterusnya 'enter'.


2.Setelah pengguna masuk ke regedit, klik ke bahagian ini "HKEY_LOCAL_MACHINE >SOFTWARE > Microsoft > Windows > CurrentVersion > OEMInformation"

3.Kemudian , setelah pengguna tiba di "OEM INFORMATION" , pengguna akan terserampak dengan Default,Logo,Manufacturer,Model,Support Hours dan lain-lain. Untuk pengetahuan, Default mempunyai tiada apa-apa kesan setelah di-edit

4.Perhatian! BAHAGIAN INI AMAT PENTING. Jika hendak menukarkan logo,pertama anda perlulah sediakan gambar'BMP @ Bitmap'dahulu. Berukuran 120x120 pixel sebaik-baiknyer!. Peringatan,GAMBAR BMP SAHAJA!,gambar format lain tidak akan memaparkan logo anda!. Jika pengguna ingin mengubah gambar ke format BMP menggunakan 'image converter' pun boleh. (pastikan gambar yang telah di-convertkan itu 120x120 pixel).

5.Berikan nama kepada logo anda contohnya seperti 'OEMlogo' tanpa kurungan. Gambar BMP yang anda sediakan perlu DITEMPATKAN di C:\Windows\System32. Okay, ini merupakan contoh gambar yang baru sahaja download iaitu graphical smiley yang berformat BMP.



6.Selepas itu, 'modify' lokasi logo di regedit(OEM information) anda ke C:\Windows\System32\OEMlogo.bmp (wajib). Kalau tidak, logo anda tidak akan dipaparkan.




7.Pada bahagian-bahagian yang lain seperti manufacturer,model,support hours dan lain-lain pengguna cuma perlu "right-click" justeru "modify" untuk mengubahnya sesuka hati :)



8.Kemudian, pengguna tentu mahu melihat hasilnya bukan? Inilah yang saya ubah pada OEM info & logo saya.

Sebelum:


Selepas:



Berkemungkinan buat kali pertama anda cuba mengubah OEM logo anda, Ianya tidak menjadi. Saya telah berkali-kali sebelum ni mencuba mengubahnya kadang-kadang tidak berjaya. Tapi,dengan titik peluh dan usaha untuk menyebarkan ilmu untuk bangsa kita, saya akhirnya dapat juga melakukannya :) Akhir kata,ini merupakan antara salah satu 'windows tweaking' yang perlu diketahui oleh pengguna windows7 . Harap maaf jika terkasar bahasa. Have A Good Day! :)

p/s : paham2 sendiri laa arhh. ini saja yg saya ble bagitau. hehehe

No comments:

Post a Comment